ZRA: Buku, Sepi, dan Kehidupan

“Kau takkan menulis bila sedang bahagia…”

Saya ingat-ingat lupa pernah baca quotes atau dialog ini di mana, tapi ia seakan bulldozer menyodok minda saya, memecah tembok kesepian yang sekian lama saya bina sendiri.

Sepi Itu Aneh

Saya suka berkepit dengan ibu bapa, kami bertiga seperti ‘Three Musketeers’ yang selalu road trip Kuala Nerus–Setiu–Besut untuk family dan business matters. Dalam rutin itu ada bahagia, ada gelak tawa, ada saat-saat yang saya fikir akan kekal selama-lamanya. 

Tapi realitinya, hidup selalu ada jeda yang menguji hati. Rasa patah sayap ini sepanjang ketiadaan mereka di Malaysia, seperti kehilangan kompas yang selama ini memandu perjalanan saya.

Antara sisi toksik saya pula adalah suka memencilkan diri—enggan bertemu dan bercakap dengan sesiapa bila dirundung sepi, pilu, dan masalah. Kadang-kadang keluar juga bersosial, tersenyum, ketawa, tapi tetap tidak boleh menutup lohong yang menganga dalam hati ini. Sepi itu aneh, ia boleh wujud walaupun berada di tengah-tengah keramaian.

Menemukan ZRA: Dari Buku ke Kata-Kata

Sehinggalah suatu hari saya layan satu podcast featuring Hj Zainal Rashid Ahmad (ZRA), sosok yang saya kagumi kerana ketajaman penulisannya dan kepetahannya berbicara. Setiap kata-katanya sarat dengan info dan hikmah, cukup untuk melukiskan beliau seorang ‘book eater’—bukan sekadar membaca, tapi menghadam setiap helaian sebagai bahan bakar pemikiran.

Bagi yang bergelumang dengan dunia aktivisme, media, dan perbukuan, tak kenal nama ZRA ini maknanya tak cukup cinta dengan kegiatan ini. Masya-Allah, namanya cukup besar dan disegani ramai. Dari orang tak suka baca buku, jadi beli buku-buku jualannya kerana merasakan seolah-olah menonton filem dalam otak bila mendengar beliau bercerita.

Buku Bukan Sekadar Soal Kepandaian

Tabiat membaca ini, sesuatu yang tak boleh dipaksa-paksa. Atau dikaitkan dengan result akademik semata-mata, misalnya “bila kau baca buku, nanti jadi pandai.” Saya suka baca buku, tapi pernah jadi pelajar tercorot dalam kelas. Sebab saya baca novel-novel yang tak ditanya dalam soalan periksa.

Kepandaian orang ini pula banyak jenis, bukan sekadar yang diukur dalam bilik darjah. Ada yang perlu dilempar ke jalanan, belajar melalui pengalaman, ‘buat dulu, menyesal later-later’ bagi mempelajari dan mahir dalam sesuatu bidang yang ditekuninya. Sebab itu saya percaya, kebijaksanaan tidak boleh dikurung dalam satu bentuk sahaja.

Kalau ada yang poyo tayang baca buku demi segugus perhatian dan penghormatan, atau merendahkan orang lain yang kurang membaca, itu poser, bukan pembaca sejati. Kecuali jika perkongsian itu lahir dari jiwa yang benar-benar mahu menyebarkan kegembiraan dan inspirasi.

Nikmat ketajaman intelektual hasil meramas buku ini boleh dirasai seseorang individu, bukan untuk tontonan atau pembuktian apa-apa kepada masyarakat.

Kuasa Buku dalam Mengubah Hidup & Merawat Jiwa

Ramai menyangka ZRA mendekati golongan terpinggir di jalanan seperti gelandangan sebab pernah jadi ‘kutu berahak’, membesar di pasar, pernah jadi susah dan sebagainya. Tapi katanya tidak, semuanya bermula dengan buku.

Beliau enggan sampai satu tahap, masyarakat perlu gali lubang untuk sorok beras dek kelaparan dan kesempitan hidup. Satu cerita novel yang dibacanya, tervisual di matanya, menjelma jadi tindakan untuk bantu orang susah.

Hati saya terjentik tatkala beliau sentuh bagaimana buku ini ada power of healing, dengan izin Tuhan. Banyak quotes galau-galau di TikTok yang sekadar memberi validasi kepada perasaan, tapi masih tak boleh menandingi kewibawaan buku dalam memberikan solusi dan pemahaman yang lebih dalam terhadap kehidupan. Internet memberi maklumat, tetapi buku memberi jiwa.

Pernah saja saya kecewa teruk dalam hidup, saya merawat dan menampal plaster di hati dengan buku-buku. Rasa hidup lebih bermakna dan diri terasa lebih maju selepas itu. Kerana buku bukan sekadar bacaan, tapi satu proses penyembuhan yang perlahan, seperti tangan halus yang membalut luka yang tak kelihatan.

Menulis Itu Seperti Pulang ke Rumah

Bila saya meluahkan rasa rindu dan sepi pada ibu bapa saya yang berada nun jauh di tanah suci sepanjang bulan Ramadan ini, ayah saya kata, “Menulislah.”

Satu ayat yang ringkas, tapi cukup untuk menyedarkan saya betapa lamanya saya abaikan aspek diri saya yang satu ini—suka menulis dan membaca.

Saya dah cuba buat macam-macam dalam hidup ini, mencari kebahagiaan dalam bentuk yang berbeza-beza, akhirnya skill membaca dan menulis yang setia bersama saya hingga kini.

Menulis itu seperti pulang ke rumah, tempat di mana saya boleh membiarkan diri saya menjadi diri sendiri tanpa perlu menyaring atau menyesuaikan dengan dunia luar.

My tiny island in this ocean of the internet- ruang saya bersembunyi dan berkarya

Jika sebelum ini saya abaikan blog ini kerana sibuk berbahagia, lalu kesepian dan kekosongan ini saya jadikan ruang untuk refleksi, grow, dan membiarkan kata-kata mengalir semula melalui jari-jemari ini.

Mungkin benar, kau takkan menulis bila sedang bahagia.
Tapi menulis itulah yang menyelamatkan kau dari tenggelam dalam sepi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Tekan butang share :)

error: Content is protected !!
Scroll to Top