Misteri Lokasi Sebenar Legenda Taman Tergantung Babylon

Usai baca kisah petualangan Buya Hamka dalam buku ‘Di Tepi Sungai Dajlah’ terjemahan dan terbitan Jejak Tarbiah, saya tertarik untuk gali lagi zaman silam Iraq dengan kuasa internet.

Perkara yang ‘menangkap’ tumpuan saya adalah Taman Tergantung Babylon, salah sebuah Tujuh Keajaiban Dunia.

Pada zaman dahulu, berdiri sebuah kerajaan purba Babylon (kini terletak di Iraq). Tersebutlah kisah seorang raja bernama Nebuchadnezzar II membina sebuah Taman Tergantung seumpama kayangan khas untuk sang ratu tercinta, Amytis yang merindui rimbunan hijau dan kawasan pergunungan tempat asalnya di Media (kini terletak di Iran).

Diceritakan air diangkut dari sungai-sungai Dajlah (Tigris) dan Furat (Euphrate) menerusi kincir air dan sistem pam ke puncak taman. Tanaman eksotik, herba dan bunga-bungaan, palma serta pohon berjuntai di dalam taman itu meneduhkan mata sesiapa yang memandang. Ia bagaikan sebuah oasis terapung di tengah padang pasir yang tandus dan panas.

Bagaimanapun, kewujudan Taman Tergantung itu dipertikaikan sebab tiada bukti arkeologi yang kukuh. Selama berkurun lamanya beberapa orang pengkaji memburu saki baki peninggalan taman tergantung itu tapi masih tak dapat dikesan.

Dr. Stephanie Dalley dari Universiti Oxford berpendapat bahawa Taman Tergantung itu tidak dapat dijejak mungkin sebab ia bukan berada di Babylon tetapi di tempat, zaman dan dibina oleh raja lain.

Sehingga kini, keberadaan sebenarnya masih menjadi misteri yang tak terungkai.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Tekan butang share :)

error: Content is protected !!
Scroll to Top