Apakah perkara bernilai tinggi zaman sekarang selain daripada emas?
Ya, masa.
Untuk diisi dengan perkara berfaedah dan bermakna dalam hidup kita. Namun ia sering bocor tanpa disedari setiap kali menatal phone.
Bagi saya, fokus adalah antara currency tertinggi pada zaman yang penuh distraksi ini.
Jika Marie Kondo mendidik tentang kekemasan rumah dan minimalisme fizikal, Cal Newport pula menyorot tentang digital minimalism dalam bukunya kerana ia berkait rapat dengan konsep deep work. Deep work menuntut daya tumpuan yang amat tinggi terhadap sesuatu kerja supaya hasilnya benar-benar berkualiti.
Cal Newport menasihatkan supaya ‘buang’ sajalah mana-mana media sosial yang didapati bukan keperluan hidup dan menjadi pencuri masa kita secara senyap.
Namun bukanlah sampai ke tahap ekstrem buang semua aplikasi termasuk emel dan perkara berkaitan kerja. Simpan yang perlu saja agar mental kita ada lebih ruang untuk fokus pada kerja bernilai tinggi.
Saya pilih untuk uninstall akaun sosial seperti Facebook, TikTok dan YouTube, lalu menggantikannya dengan versi studio serta aplikasi berkaitan kerja.
Media sosial di mata saya kini hanyalah alat untuk urusan bisnes, research dan creative outlets. Memadai buka laman sosial di laptop, bukan lagi di phone.
Mungkin masih ada yang menggunakan aplikasi-aplikasi ini untuk bersosial.
Namun rasanya ramai sudah sedar arah tuju media sosial hari ini bukan lagi untuk bersosial semata-mata, sebaliknya semakin bersifat komersial. Ia sudah hampir menyerupai katalog shopping dengan iklan di sana sini, sambil merancakkan budaya konsumerisme. Ditambah lagi dengan algoritma yang lebih meraikan perkara sensasi dan trending.
Bab bersosial pula, saya lebih berpendapat bertemu secara 4 mata jauh lebih bermakna berbanding interaksi di skrin atau teks. Ini selari dengan fitrah manusia yang mendambakan hubungan fizikal dan deria, contohnya berbual sambil makan bersama.
Saya menekuni digital marketing termasuk media sosial sejak 2018. Pengetahuan itu saya terapkan dalam kerja. Namun dalam kehidupan peribadi, diam-diam saya berperang dengan doomscrolling dan FOMO setelah merasai sendiri kesannya, di samping memahami teknik manipulasi yang digunakan oleh para pengiklan terhadap pengguna.
Tak dinafikan, konten yang lalu di garis masa media sosial saya kebanyakannya bermanfaat, dan sememangnya internet boleh dianggap sebagai ‘University of Wisdom’. Saya gemar membaca tip dan perkongsian khususnya berkaitan bisnes, daripada individu yang saya ikuti.
Namun saya perasan bila terlalu banyak maklumat dikonsumsi, apa yang dipelajari jarang bertahan lama dalam ingatan kerana segera ditindih oleh maklumat lain.
Membaca good insights memang memberi inspirasi dan sesekali mencetuskan eureka moments, tetapi ia juga melahirkan shiny object syndrome dan produktiviti palsu.
Lebih-lebih lagi apabila kebanyakan perkongsian tersebut hanyalah bersifat permukaan, umum dan sarat dengan motivational fluff. Tak semestinya sesuai diaplikasikan dengan realiti kita.
Jika benar-benar mahukan ilmu yang mendalam dan teknikal, tempatnya adalah pada buku, kelas, berguru, amali praktikal dan pengalaman sendiri.
Untuk bina craft mastery dan menjadi pakar dalam sesuatu bidang, cara paling ampuh ialah dengan ‘get hands dirty’, iaitu konsisten membuat dan mempraktikkan. Bukan sekadar baca tip di internet sebagai passive learner. Jika tidak, kehidupan akan terus berjalan di takuk sama, statik tanpa perkembangan sebenar.
Pengetahuan dan informasi hanya menjadi ilmu apabila ia diamalkan. Jika tidak, ia sekadar noise yang membingitkan kepala.
Lebih menyedihkan, noise ini turut memekakkan suara hati sendiri dan mengalihkan tumpuan. Menyerap terlalu banyak pengetahuan tanpa refleksi sering membuatkan diri semakin hilang arah. Sedangkan ada kalanya impian hanya memerlukan one thing at one time yang ditunaikan melalui deep work.
Ramai orang share tentang hustle, kerja keras, tayang hectic lifestyle dan sharing beratus productivity hacks mengikut acuan mereka, namun akhirnya saya sedar kehidupan seperti itu memenatkan jiwa saya. Rasa macam itu pantulan imej ilusi impian orang lain.
Apa yang saya perlukan buat masa sekarang hanyalah jujur dengan diri sendiri dan pemikiran yang jelas. Jelas dengan keperluan dan kemahuan diri. Kerja keras tanpa jelas arah tuju hanyalah akan mengundang frustrasi kerana ternyata tenaga dan masa itu dicurahkan pada tempat yang salah.
Atas kesedaran itu, bermula dengan Twitter (kini X), diikuti Facebook, TikTok dan YouTube, semuanya dibakulsampahkan daripada telefon saya.
Sampai bila? Saya tak pasti. Mungkin saya akan jilat ludah apps ini sendiri setelah buang mereka suatu hari nanti?
Tetapi apa yang pasti, hati dan fikiran rasa lebih lapang selepas buang benda-benda itu dan kembali menulis. Alhamdulillah.
Photo by dlxmedia.hu on Unsplash

