Lace up your shoes
Here’s how we do
Run, baby, run
Don’t ever look back
Lagu ‘Check Yes, Juliet’ menyapa gegendang telinga saya saat menyarungkan kasut sukan, menerbangkan ingatan saya ke suatu relung memori yang menjadi sebab kenapa saya berlari…
My Big Fat Family
Sajian di Pantai Timur terutamanya di Kelantan dan Terengganu sering dikatakan ‘tertumpah gula’.
Secara peribadinya saya sependapat dengan kenyataan itu kerana kebanyakan rasa makanan dan minuman di kampung saya ini memang manisnya tahap potong betis.
Ayah saya pernah cerita kawannya yang sesama Kelantan pernah terus bangun ajak balik apabila dihidangkan air teh tawar oleh tuan rumah.
“Dokleh aku dengan orang kedekut gula ni!” bentak kawan tu.
Love language keluarga besar saya pula adalah makanan. Setiap kali family gathering, tak lengkap pusingan bumi ni jika tiada makan-makan. Makanan dari bucu meja sampai ke hujung meja lain. Alhamdulillah atas nikmat dan rezeki ini.
Setiap kali masak ramai-ramai mesti ada drama, contohnya bergaduh berapa garam dan gula patut dicurah ke dalam kuali atau periuk.Air oren mesti dibubuh sekurang-kurangnya 3-4 senduk gula dalam satu jag.
Pakcik saya yang amat menjaga kesihatan pernah tanya makcik saya, nak bunuh dia ke jika nampak masakan berlemak seperti gulai dan setambun nasi di pinggannya.
Kadang ibu saya cerita suasana dan masakan arwah neneknya masa era retro. Sedapnya nasi goreng ikan zaman dulu!
Namun dalam gelak tawa itu, ada satu hakikat yang kami tak boleh lari iaitu makanan yang membahagiakan kami ini kadang-kadang juga mengkhianati tubuh.
Isu Kesihatan Yang Real
Kini seorang demi seorang warga emas dalam keluarga besar saya menghadap Illahi.
Sebatalion askar penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, masalah jantung, kanser, buah pinggang, obesiti dan strok datang menyerang, kini tidak lagi mengenal usia mangsanya.
Sekitar umur 40 & 50 tahun dah kena, mungkin kerana faktor genetik, lifestyle terutamanya pemakanan dan couch potato.
Jika saya tidak bertindak dari sekarang, saya risau penyesalan datang sekiranya terlantar di deathbed. Sekiranya diizinkan Tuhan, setiap orang pasti mahu melambatkan proses perceraian roh dan jasad kan.
Salah satu cara untuk perangi musuh dalaman ini adalah gerakkan badan melalui bersenam ke, berkebun ke ikutlah asalkan berpeluh dan tidak statik. Mungkin cara ini boleh stabilkan gula dalam darah.
Gula ni lama-lama boleh jadi lemak tau bila terkumpul. Gula bukan setakat dari makanan manis je tetapi juga karbo seperti nasi, pasta dan roti yang end up jadi glucose kalau belajar sains dan biologi dulu.
Mana-mana doktor pun akan nasihatkan supaya jaga pemakanan dan bersenam walaupun saya perhatikan sesetengah staff hospital sendiri obes dan steady bawa berbungkus-bungkus teh ais ikat tepi lalu depan pesakit.
Saya belum obes, tapi chubby yang geram orang tengok sebab cute. Adik kata rasa nak squeeze penyek-penyek saya sebab nampak macam tomato atau oren bergerak. Inilah jadinya bila berat badan tak padan dengan petite atau bahasa tak berlapiknya pendek.

Bukan nak hina orang gemuk (kerana saya sendiri pun nyaris gemuk) tetapi realitinya kegemukan ini mungkin antara faktor lambat laku dalam job dan jodoh market. Nak kerja dengan company besar-besar? Ada ujian kecergasan. Impikan kekasih lengan berotot dan berurat dawai besi? Semestinya si dia scan juga fizikal kita.
Dalam kes saya, tak minta banyak pun. Just nak ringan tubuh, ringan tulang buat kerja dan sihat-sihat saja menikmati rezeki sedia ada di depan mata.
Jadi pada hujung tahun 2024, saya pun mula berlari.
Walaupun Tuhan saja tahu betapa bencinya saya dengan kegiatan ini.
Sampai bila episod larian saya ini?
To be continued…

