Pengalaman Menghadapi Hari Exam IELTS

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dalam artikel lepas, saya cerita pengalaman daftar IELTS. Kali ini nak kongsi momen menghadapi exam IELTS pula.

Niat tulis ini nak bantu calon IELTS lain dengan beri gambaran what to expect pada hari sebenar exam tersebut.

Tarikh dan waktu exam IELTS yang saya tempah seperti berikut:

Tarikh: 11 Februari 2023

Speaking test: 10.20 AM

Listening, reading & writing test: 2.00-4.45 PM

Jenis IELTS: Academic test, computer based

Lokasi: British Council, Jalan Ampang KL

Barang yang perlu dibawa: IC/passport je

Dress code: Tak kisah pakaian apa pun asalkan selesa dan sopan

Masuk ke British Council (BC)

Pada pukul 9.20 pagi, saya dah terpacak di depan bangunan BC. Disebabkan sampai awal sangat, lepak-lepak dulu dekat air pancut tu.

Kerana dalam emel tertera lapor diri pukul 9.50 jadi time tu baru pak guard benarkan masuk ke dalam bangunan.

BC ini boleh tahan strict jugalah, pintu masuk pun dah macam airport security di balai berlepas tu dan dijaga 3 pengawal beruniform. Perlu melepasi metal detector dan beg-beg pun kena scanned nak tengok isinya.

Daftar Speaking Test

Saya menapak ke tingkat atas sekali. Di sana, staf-staf BC suruh tunggu di dalam sebuah bilik. Beg-beg dan barangan mesti disimpan di dalam locker berkunci.

Sepuluh minit sebelum test, para calon beratur ambil giliran untuk pendaftaran.

Mula-mula calon kena semak dulu nama dan IC betul tak. Lepas tu staf tilik muka kita sama tak dalam IC.

Then gerak ke tempat ambil gambar. Foto yang ditangkap itu akan terpampang di sijil rasmi result IELTS nanti.

Sebelum masuk ke bilik exam, staf datang bawa alat metal detector untuk check dari hujung tudung sampai hujung kasut. Manalah tau kita bawa bom ke, pisau ke apa kan.

Phone pun antara barang terlarang untuk dibawa masuk ke dalam bilik tersebut.

Detik Speaking Test

Para calon ditempatkan di ruang komputer masing-masing. Speaking test dijalankan via video call.

Examiner saya merupakan seorang wanita Inggeris dan kelihatan serius pada awalnya.

Dipendekkan cerita, speaking test itu tak berjalan dengan lancar kerana saya gugup dan gagap. Hal ini kerana saya hanya banyak tengok YouTube camne orang speaking test tapi tak praktis pun!

Tempoh 15 minit tu dirasakan bagai 15 tahun, rasa nak cepat-cepat habis je test tu dan I’m not enjoying it.

Rasa lega giler lepas speaking test tamat. Cuma sedih jugalah sebab tak OK. Bayangan dapat band score 2.5-4.5 je untuk test speaking mula memenuhi ruang kepala.

Coffee Break (11.00AM-1.00PM)

Keluar dari perut BC, kaki ini melangkah ke Coffee Bean.

Pejam mata je lah order caramel macchiato yang pricey tu, asalkan boleh lepak di cafe tu sebab saya tak tahu dah nak duduk mana sementara tunggu waktu exam seterusnya.

Nak study, malas. Jadi saya buka buku nota dan tulis diari, termasuk melepas perasaan keciwaa sebab rasa takleh buat speaking test tadi.

Kini saya amalkan habit journaling untuk kekal waras. Alhamdulillah, memang healing sungguh.

Personally saya rasa selain belajar English untuk IELTS ni, kena belajar juga urus emosi dan cara bertenang supaya anxiety tak sabotaj diri masa exam.

Taklimat Listening, Reading, Writing (LRW) test

Pukul 1.00 PM, semua calon berkumpul di sebuah bilik untuk taklimat.

Saya tak pastilah nak solat zohor kat mana di situ, cuba tanya staf ya. Saya solat jamak sebab musafir dari Terengganu.

Hampir pukul 2.00 PM, kami sekali lagi naik ke tingkat atas dan ulang steps sama macam nak masuk bilik speaking test tadi.

Detik LRW test

Semua calon menuju ke komputer yang ada nombor giliran masing-masing.

Sebelum exam mula, kitaorang kena tengok dulu video tutorial cara jawab exam online. Contohnya cara nak perbesar skrin, cara highlight dan sebagainya.

Kemudian exam pun mula…

  • Listening: 40 minit (4 recordings, 40 soalan)
  • Reading: 1 Jam (3 passages, 40 soalan)
  • Writing: 1 Jam (20 minit part 1, 40 minit part 20 minit)

Sepanjang hampir 3 jam exam itu, saya hentam je jawab tak sempat fikir panjang sebab berlumba dengan masa.

Bagi saya soalan-soalannya susah nak mateyy. Apa pun jawab je semua soalan, ikut format dan jangan sesekali tinggal kosong atau tak cukup words.

Tamat

Setelah cukup masa yang ditetapkan, automatically soalan itu tutup. Dengan rasminya exam pun tamat, Alhamdulillah.

Calon ada pilihan untuk ambil sijil result:

  • Pilihan 1: Hantar wakil tolong ambil
  • Pilihan 2: BC hantar secara pos (dalam Malaysia free, oversea calon kena bayar kos)
  • Pilihan 3: Ambil sendiri di BC

Selain itu, boleh tengok juga result di portal BC bahagian test taker.

Keluar dari BC, rasa lega yang amat. Rasanya dah usaha termampu, berdoa (termasuk bacaan doa yang dibaca Nabi Musa AS masa menghadap firaun). Akhirnya saya berserah kepada Allah SWT,

Apa pun saya happy sebab dapat pengalaman baru dan bahan untuk tulis blog.

My Thoughts

Masa daftar tu, saya ada cerita rasa gerun nak mengulang balik memandangkan yurannya mahal.

Ketika dalam proses persiapan menghadapi IELTS fikiran saya mula terbuka dan bersedia menghadapi segala kemungkinan, sama ada dapat the desired band score, atau mungkin juga tak dan kena mengulang.

Maksudnya saya tak mahu terlalu takut gagal dan letak my self-worth pada sekeping kertas sijil itu. Apa yang lebih penting, skil English makin improve. Proses ini tetap perlu diteruskan walaupun dah habis IELTS.

At the end, result yang penting adalah skil English makin improve. Cara untuk hilangkan ketakutan adalah harungi apa sahaja.

5 hari kemudian, tanggal 16/2/2023, result pun keluar di portal…

Baca lagi: Ini Result IELTS Saya

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Tekan butang share :)

error: Content is protected !!
Scroll to Top