Di Sebalik Lampu Sorot Dunia Glamor

Sebelum mengenal Facebook, saya suka baca surat khabar setiap Ahad yang memaparkan tentang gaya hidup, budaya, cerpen dan gosip artis.

Seingat saya, jurnalis terutama wartawan hiburan dulu semacam pegang ‘kuasa’ dalam menentukan naik turun nama seseorang artis. Maka adalah sesetengah selebriti yang suam-suam kuku dikatakan cuba menghimpit wartawan supaya muka dapat masuk paper.

Kerja-kerja seni secara komersial dan industri hiburan seperti filem, muzik, pengiklanan dan penulisan lazimnya menuntut perhatian daripada audiens untuk cari makan.

Media massa seperti majalah, surat khabar, TV dan radio merupakan saluran utama untuk sebarang aktiviti hebahan dan kalau masuk ni, famous kejap satu Malaysia. Ini cerita belasan tahun lalu.

Sekarang, medium untuk berkarya dan mencipta nama sudah berubah dan tak perlu terhegeh-hegeh lagi pada media tradisional untuk menempa nama.

Populariti Di Hujung Jari

Hari ini saya tengok industri kreatif sangat meriah. Teknologi memudahkan kita untuk terbitkan sendiri karya dan kalau bertuah, boleh dapat perhatian ramai dan pengikut.

Setiap orang bebas mempamerkan bakat masing misalnya dalam muzik, melukis, animasi dan suntingan video untuk tontonan ramai dalam media sosial.

Kalau dulu bila cikgu tanya nak jadi apa bila besar nanti, rata-ratanya akan jawab ‘doktor, peguam atau guru.’ Kalau yang pelik sikit akan cakap nak jadi superman.

Nak tahu apa cita-cita budak-budak sekarang?

Menurut laporan media antarabangsa, dalam tinjauan di US, UK dan China mendapati 1/3 kanak-kanak sekitar usia 8-12 tahun mengimpikan untuk jadi vlogger atau YouTuber sebab terdedah dengan apa yang dilihatnya dalam media sosial.

Kalau di Malaysia, saya tak jumpa lagi laporan macam itu. Tapi adik saya cerita kawan-kawan sekolahnya dulu pun ada yang nak jadi ‘influencer’ dan ada yang bawa mekap ke sekolah.

Instagram, Attention & Job

Saya tak ada masalah dengan Instagram (IG) sebab saya tak aktif mana pun di situ. Buka akaun sekejap pun sebab nak cari bahan artikel, tengok video kucing, makanan sedap-sedap dan benda-benda artsy sebelum abaikan akaun peribadi tu sampai sekarang.

Tumpuan saya sekarang lebih kepada emel, WhatsApp, blog, Google dan Twitter yang saya sering buka untuk consume/produce content.

Cuma bila tengok boleh tahan besar juga impak IG ini pada psikologi, kerjaya malah kehidupan manusia ni buat saya tertarik untuk kupas bawang tentangnya.

Bulan lepas pernah kecoh pasal tweet pedas Izara Aishah tentang industri hiburan tanah air. Difahamkan banyak muka baru dalam lakonan ini diambil di kalangan instafamous.

Masa tu belum bulan puasa lagi, jadi sempatlah ramai-ramai makan popcorn menonton drama antara instafamous dan pelakon tersebut.

Saya tak rasa puan Izara tu nak sekat rezeki atau attack mana-mana instafamous yang terjun ke dunia skrin lakonan.

Cuma mungkin juga ini teguran kepada pihak produser dan TV yang pentingkan followers, rupa dan keuntungan semata-mata berbanding bakat dan usaha untuk masuk ke dalam industri.

Bila baca komen-komen di bawah, ada seorang lelaki ni ditanya berapa followers IG semasa uji bakat. Ada yang cerita nak mohon jadi pelakon ekstra pun kena tanya juga.

Pelakon sehebat Amerul Affendi pernah berkicau dalam Twitter yang beliau kena reject dengan stesen TV sebab ‘sendu’ di IG dengan followers tak sampai 500,000.

Dahsyatnya game populariti dan pengikut ni sampai melibatkan periuk nasi orang. Followers kurang, tak ada job dan akhirnya tak ada duit nak sara keluarga.

“Ya, tak masuk akal tapi benda ni memang terjadi.” komen pelakon Sharifah Amani dalam mStar berkenaan luahan Amerul itu.

Instagram Buatkan Orang Gila Perhatian?

Bukan semua orang yang masuk ke dalam industri lakonan ini sebab nak attention semata-mata.

Salah seorangnya adalah pelakon Hollywood, Joseph Gordon Levitt. Katanya, perkara best bagi dia apabila jadi pelakon bukanlah sebab dapat attention tapi paying attention apabila tuan director kata “set action!”.

Lakonan ini tentang seni, bukan popular.

Jelas pelakon filem 500 days summer itu lagi dalam TED Talk, Instagram ni sebenarnya bukan jual photo sharing tetapi “Attention”.

Misalnya jual attention pengguna kepada advertiser. Semakin banyak seseorang itu dapat attention, semakin banyak attention yang pihak IG boleh jual.

“It trains you to get more attention, to crave it, to feel stressed out when you’re not getting enough of it.” – Joseph Gordon Levitt

Media sosial boleh buat orang gila perhatian. Butang ‘like’ itu merembes hormon gembira bila banyak orang mengetiknya.

Mungkin sebab itulah ada yang sanggup bikin kontroversi, bodohkan diri atau try hard melawak demi segugus perhatian. Nak rasa dipeduli.

Ketagih dengan perhatian ini sama seperti ketagih dengan benda lain. Ia akan tak pernah cukup. Malah tak kekal pun.

Kesan lain pula adalah kreativiti terbantut bila buat sesuatu sebab nak orang pandang, bukan sebab datang dari lubuk hati yang dalam.

Mungkin cara untuk chill adalah anggap media sosial dan populariti ini cuma sebagai alat dan platform, bukan ultimate goal dalam kehidupan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Tekan butang share :)

error: Content is protected !!
Scroll to Top